Sapesaje.com

Monday, October 25, 2010

Web Browser Ranking

Yang mane satu pilihan anda? Haa..pilih-pilih, ikut minat atau
ikut teori teknikal. Mari kita kupaskan bersame-same,
bukan kupas bawang, hehehe. Terlebih dahulu mari kita
ranking TOP FIVE, jeng..jeng..


*utk lihat maklumat TOP TEN (click here)

(1)
Mozilla Firefox – Tidak kenal web browser ini memang dianggap sedikit ketinggalan, kerana apa? Kerana tidak kenal lah, hehehe. Di awal kemunculannya, ia dianggap simple, cepat dan senang, tambahan ia open source. Hal ini juga terbukti kerana tidak bersangkutan dgn sistem window yg kite selalu pakai ni seperti IE, standalone software ini mendapat sambutan ramai manusia. Kelemahan Mozilla Firefox apabila kita terlalu banyak add-ons yg tidak penting. Saya guna macam biasa jek tidak perlu tambah ape-ape, cuma update macam biase jek. Dah bertahun saya pakai Mozilla Firefox, memang memasukkan SEMPOI lah, hehehe.
 Firefox-8.17 MB

(2)

Google Chrome – Hah ini satu lagi web browser yg kini mendapat menarik hati manusia sekalian, mengekalkan ciri yang sama seperti Firefox iaitu simple, cepat dan senang. Tapi aku sering menggunakan bila nak search ape-ape maklumat dgn pakcik Google. Aku pun kate SEMPOI jugak lah, hehehe.
Chrome-23.07 MB

 (3)
Internet Explorer – Siapa tidak kenal IE, aku pun kenal mula-mula kenal komputer lah, hehehe. Pada aku slow sikit sebab bersangkutan dgn operating system yg pakai sekarang ni, Window lah ape lagi. Namun Help and Support dari Microsoft meletakkan ditempat yang ketiga.
IE-16.10 MB

(4)
Opera – Aku pernah pakai yg ni, pernah lah sekejap, hehehe. Web browser ini selalu mendahului dalam perkenalkan konsep baru seperti tabbed browsing, session restore dan macam-macam lagi (rujuk post saya dulu : click here). Tapi Opera semakin advanced dan canggih, boleh tahan lah, hehehe.
Opera-12.73 MB

(5)
Safari – Aku pernah guna dalam Windows dan Mac OS, memang berbeza perasaan dan secara teknikalnya. Aku test Apple dgn Safari memang betul syok, speed compability pada aku puas hati kalau guna produk Apple. Cukuplah dgn apa yg termampu, hehehe.
Safari-31.08 MB

Begitulah serba sedikit kupasan ringkas daripada saya dan kawan-kawan, anda yg berhak memilih dan menentukan keselesaan dan keselamatan anda ketika melayari internet. So..renung-renungkanlah, selamat beramal..

No comments: